A-Mohon perhatian, majlis akan dimulakan sebentar lagi, harap para
hadirin dapat mengambil tempat masing2.
D-Mengumumkan ketibaan guru-guru SMK **** ******* ke tapak
perhimpunan SMK **** *******.
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
D-30 Oktober
penanda malam ini,
Warga KRK SMK **** ******* berseri-seri,
Jamuan akhir tahun krk sama dirai,
Kita mulakan dengan ceria di hati.
Warga KRK SMK **** ******* berseri-seri,
Jamuan akhir tahun krk sama dirai,
Kita mulakan dengan ceria di hati.
A-Assalamualaikum w.b.t , selamat
sejahtera dan salam Satu Malaysia.
Yang Dihormati tuan pengetua SMK **** *******, Tn ______________, Yang Berusaha Puan Siti Zahrah binti
Mat Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Rahmah binti Suin , Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Nor bin Ariff, Penolong Kanan Kokurikulum ,
barisan tenaga pengajar, jawatankuasa serta rakan rakan yang dikasihi sekalian.
D-Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi
kerana di hari yang berbahagia dan penuh dengan aneka budaya ini, kita dapat
bersama – sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Jamuan Akhir Tahun KRK SMK **** ******** bagi tahun 2015.
A-Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja
untuk majlis makan-makan, ia juga menjadi medan terakhir bagi kita pada tahun
ini untuk beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan silaturrahim antara
satu sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai
aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2015
Ibarat pantun yang berbunyi :
ANAK MONYET ANAK KERA
ANAK SIANG BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM
ANAK SIANG BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM
D-Para hadirin sekalian,
D-Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, dijemput ……………….…. untuk memimpin bacaan doa. Dengan sukacitanya,
dipersilakan.
D-Terima kasih diucapkan kepada ………………….. di atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.
UCAPAN
A-Hadirin sekalian,
A-TAK MOLEK JIKA ADA
ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA
ADA DAYUNG TIADA SAMPANNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG
BERBICARA
A-Untuk itu majlis diteruskan dengan
ucapan daripada penghulu krk SMK **** *******. Syed Mohd Faris bin Syed Omar. Dipersilakan.
A-Majlis merakamkan penghargaan terima
kasih kepada Syed Mohd Faris.
D-Seterusnya, majlis dengan segala
hormatnya menjemput, Pn Noraini bt Ismail selaku guru krk tahun 2015 untuk
memberikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
D-Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada Pn Noraini bt Ismail di atas ucapan alu–aluannya sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Sekarang tibalah masanya kita
mendengar pula ucapan daripada tuan pengetua SMK **** *******, Tuan______________ dan seterusnya merasmikan Majlis Akhir Tahun KRK SMK **** ******* bagi tahun 2015 pada malam ini.
Jutaan terima
kasih kepada tuan pengetua.
MAKAN
A-PULAU PANDAN
JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
UCAPAN SUDAH, PERASMIAN PUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
UCAPAN SUDAH, PERASMIAN PUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA
D-SORONG PAPAN
TARIK PAPAN
MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU
MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU
D-Untuk itu
majlis menjemput Muhd Shahiran Akid untuk
membacakan doa makan.
D-Hadirin hadirat
dipersilakan menjamu selera.
A-Sambil
menikmati hidangan, majlis diserikan dengan menjemput ………………… untuk membuat
persembahan.
D-Hadirin
hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis
diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu, iaitu…..acara cabutan bertuah.
A-Tuah
ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang kena.
Sebentar
lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.
A-Bagi
maksud tersebut, majlis dengan sukacitanya menjemput Guru penasihat KRK, Pn Noraini Ismail untuk
membuat 8 cabutan pertama dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Dijemput yang bertuah pada malam ini, yang bernombor …....
Terima kasih Pn Noraini
di atas cabutan itu tadi.
A-Sekarang dijemput ____________ untuk membuat persembahan
D-Seterusnya, untuk
acara cabutan bertuah kedua, majlis menjemput
Pn Zailin untuk membuat cabutan.
-Persembahan ke2
-Cabutan ke3
A-Sekarang
tibalah kepada acara yang dinantikan-nantikan iaitu ANUGERAH KING AND QUEEN OF
THE NIGHT. Untuk pengetahuan semua, anugerah best dress ini akan dipilih
mengikut kelas.
D-Bagi menyempurnakan
anugerah ini, majlis mempersilakan ______________ diiringi oleh ____________ untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
D-ANUGERAH KING OF THE NIGHT bagi
kelas 1/2/3 abu bakar dijemput :
________________
A-ANUGERAH QUEEN OF THE NIGHT 1/2/3 abu bakar dijemput :
_________________
A-Tahniah diucapkan kepada__________________ dan
_________________.
D-Terima kasih diucapkan kepada ________________ atas kesudian
beliau menyempurnakan penganugerahan itu tadi.
D-Dan sekarang dijemput _________________ untuk membuat persembahan terakhir. Dipersilakan.
A-Hadirin sekalian,
A-Nampaknya masa mencemburui pertemuan kita pada malam ini. Majlis
pada malam ini juga telah sampai ke penghujungnya. Lantaran
yang datang sudah mengadu keletihan. Yang jauh sudah berbisik , hari semakin
larut malam.
D-Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri , menjayakan majlis pada
malam ini.
A-Kami bagi seluruh warga kerja serta
ahli jawatankuasa majlis jamuan akhir tahun krk SMK **** ******* bagi tahun
2015 juga ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dalam majlis ini.
JARI DISUSUN MAAF
DIPINTA
SALAH SILAP HARAP
DIMAAFI
TERKASAR BAHASA
MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
Sesungguhnya apa yang baik itu datang
daripada Allah, Apa
yang buruk itu datang daripada kelemahan kami sendiri.
UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
Sehingga kita bertemu lagi dalam suatu majlis yang lain. Sekian
terima kasih.
D-WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT
Hmm. aku cakap ni based dengan apa yang aku pernah lalui, katakanlah kelas korang or maybe kawan2 korang yang kena uruskan sesuatu majlis ni, pls pls pls buat dengan ikhlas and yakin. Ikhlas korang buat utk meringankan beban cikgu korang and yakin yang majlis ni berjalan dengan lancar walaupun peluang nak berjalan dengan lancar tu tipis, but at least korang dah buat sebaik mungkin. Lepastu, semangat sepasukan and kerjasama kena POWER ! and ape-apehal kalau you guys cam nak tukar plan ke hape, bagitau yang lain. Jangan buat plan sendiri2 je. Bagitau orang lain terutamanya ajk tertinggi jamuan tu so kalau ada ape-ape jadi, orang lain boleh tolong. Jangan jadi cam aku ngan classmates aku, plan punya baek tapi hasil dia lain dengan apa yang dirancang. Kenapa rancangan tak jadi ? Sebab ada 4 orang classmates aku ni buat macam jamuan ni macam makbapak dorang punya. First, ada ke patut si J ni tipu kitorang and cikgu kata parents dia dah bayar duit khemah padahal pasal khemah tu pun dia tak bagitau parents dia lagi. So, bila parents dia taknak sponsor khemah, mulalah kitorang yang kelam kabut nak uruskan. Sec, ada ke patut diorang rancang nak beli lampu LED bagai tu tanpa bagitau kitorang. And the worst is, diorang tak bagitau kitorang pun yang diorang guna duit kelas untuk beli lampu LED tu (which is sebahagiannya duit kitorang) !!! (awal-awal dorang kata dorang sendiri yang nak sponsor lah apelah, alih2 guna duit kelas pulak apehal !) ughh. Third, disebabkan dorang suka sangat membazir guna duit kelas beli benda tak penting tu (such as lampu LED), memang balasan lah bila diorang nak pasang, lampu LED tu meletop ! Hahhh ! Amek kau !!! nak sangat lampu LED kau tu !
And yang paling tak tahannya bila kitorang sesama classmates gaduh kecik pasal siapa yang banyak bagi kerjasama lah siapa yang tak membantu lah. (and FYI, kitorang gaduh time lagi sejam nak start majlis. Gila apa!)
Nak tau apa lagi yang gila ? Hari jamuan tu adalah hari last kitorang exam. Cuba korang bayang time tengah serabut dengan exam seminggu tu pastu kena fikir pasal jamuan ni lagi. Habis je paper last, semua duk risau pasal jamuan. Yelah, lagi beberapa jam je nak jamuan, pastu banyak benda yang tak siap. Fuhhh masa tu memang satu kelas tak yakin yang jamuan ni akan berjaya.
Tulah agaknya kenapa majlis kitorang tak berjalan dengan agak lancar. Oh, nak tambah lagi kekusutan kepala hotak kitorang, time tu pulak lah hujan. Dahlah buat kat khemah, dengan pakai dress, high heels bagai, kau rasa ? Memang boleh jadi gila ah. Tapi nasib baik cikgu tak banyak komplen sangat sebab yelah, salah cikgu gak ah yang paksa kitorang kendali majlis macamni.(Tapi salah kitorang gak sebab, lepas je cikgu cakap pasal jamuan ni, kitorang merungut tak puas hati. Kata cikgu ni saje je nak susahkan kitorang. Hahh! Memang patut pun jamuan ni jadi tunggang terbalik. Tak ikhlas punya pasal)
So now, korang tau kan kenapa pentingnya kerjasama, keikhlasan and keyakinan ? Haha k lah apa apa pun aku doakan majlis yang akan korang kendalikan nanti berjalan dengan lancar :)
And yang paling tak tahannya bila kitorang sesama classmates gaduh kecik pasal siapa yang banyak bagi kerjasama lah siapa yang tak membantu lah. (and FYI, kitorang gaduh time lagi sejam nak start majlis. Gila apa!)
Nak tau apa lagi yang gila ? Hari jamuan tu adalah hari last kitorang exam. Cuba korang bayang time tengah serabut dengan exam seminggu tu pastu kena fikir pasal jamuan ni lagi. Habis je paper last, semua duk risau pasal jamuan. Yelah, lagi beberapa jam je nak jamuan, pastu banyak benda yang tak siap. Fuhhh masa tu memang satu kelas tak yakin yang jamuan ni akan berjaya.
Tulah agaknya kenapa majlis kitorang tak berjalan dengan agak lancar. Oh, nak tambah lagi kekusutan kepala hotak kitorang, time tu pulak lah hujan. Dahlah buat kat khemah, dengan pakai dress, high heels bagai, kau rasa ? Memang boleh jadi gila ah. Tapi nasib baik cikgu tak banyak komplen sangat sebab yelah, salah cikgu gak ah yang paksa kitorang kendali majlis macamni.(Tapi salah kitorang gak sebab, lepas je cikgu cakap pasal jamuan ni, kitorang merungut tak puas hati. Kata cikgu ni saje je nak susahkan kitorang. Hahh! Memang patut pun jamuan ni jadi tunggang terbalik. Tak ikhlas punya pasal)
So now, korang tau kan kenapa pentingnya kerjasama, keikhlasan and keyakinan ? Haha k lah apa apa pun aku doakan majlis yang akan korang kendalikan nanti berjalan dengan lancar :)